Kelas Softskills – Mewarna Poster Hari Guru

17 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2024, Khamis, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskills – Mewarna Poster Hari Guru yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Kelas tersebut dijalankan di NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh seorang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Software Paints 3D. Peserta telah diberikan satu poster Hari Guru bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer dan memupuk daya kreativiti mereka. Selesai latihan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali